Iklan

Nun Sakinah dan Tanwin

PENGERTIAN
Nun Sakinah ialah nun yang tidak berbaris.  Ia kekal pada bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan waqafTanwin pula membawa maksud nun tambahan yang tidak berbaris.  Ianya wujud dari segi bacaan tetapi tidak wujud dari segi tulisan.

HUKUM

Apabila Nun Sakinah ataupun Tanwin bertemu dengan huruf Hijaiyah yang terdiri daripada 28 huruf, maka ianya akan dibahagikan kepada 4 hukum bacaan iaitu :
  1. Al Izhar
  2. Al Idgham
  3. Al Iqlab
  4. Al Ikhfa'
1.0  Al Izhar

  • Bahasa :  Nyata dan Jelas
  • Istilah :  Mengeluarkan tiap-tiap huruf dari tempat hurufnya tanpa didengungkan dan saktah.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Izhar, maka wajib diizharkan bacaan tanpa dengung.

Huruf Izhar ada 6 iaitu :

 ء , ه , ع , غح , خ

Hukum Izhar ini dinamakan Izhar Halqi kerana tiap-tiap huruf tersebut keluar daripada halkum.  Contoh : 


ومن ءايته    وإن خفتم       أسحرهذا

2.0  Al Idgham
  • Bahasa : Memasukkan atau mencampurkan
  • Istilah :  Pertemuan huruf yang tidak berbaris dengan huruf yang berbaris yang menjadikan huruf kedua bertasydid dan terangkat lidah ketika menyebut.
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Idgham, maka bacaan wajib diidghamkanIdgham ini berlaku kerana terdapat persamaan makhrajnya dan sifat pada huruf tersebut.
Syarat Idgham ialah hendaklah terdiri daripada 2 kalimah dimana kalimah pertama Nun Sakinah atau Tanwin pada akhir kalimah dan huruf Idgham pada awal kalimah kedua tersebut.  Apabila Nun Sakinah dan huruf Idgham berada dalam satu kalimah, maka tidak dibaca dengan hukum Idgham.

Huruf Idgham ada 6 iaitu :

ي , و , م , ن , ل , ر
Hukum Idgham boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :
  • Idgham Ma'a Al Ghunnah (  مع الغنة ) iaitu yang kekal dengungnya dengan kadar 2 harakat.  Huruf-hurufnya ada 4 iaitu  ي , و , م , ن.  Idgham ini mempunyai 2 tingkatan iaitu :
  1. Naqis :  Huruf Idgham ini tiada tanda Shaddah (Sabdu)
  2. Kamil :  Huruf Idgham ini mempunyai tanda Shaddah (Sabdu) 
Contohnya : 
 أن ينزل    من وراءى    حسابا يسير

  • Idgham Bila Al Ghunnah (  بلا الغنة ) iaitu yang tidak ada langsung dengung padanya.  Hurufnya ada 2 iaitu ل , ر
Contohnya :
ومن لم يتب    من رحمتى     خير لكم
 
3.0 Al Iqlab
Bahasa :  memalingkan
Istilah :  Menukarkan tiap-tiap huruf Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim yang ringan serta dikekalkan dengungnya.
Dalam Kitab Fathul Murid halaman 40 ada menyebutkan bahawa :  "Apabila bertemu Nun Sakinah dan Tanwin dengan Ba' ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dan dikekalkan dengung dan Ikhfa dengan erti tidak menukarkannya menjadi Mim yang sempurna bahkan tidak boleh tidak bahkan kamu hendaklah mengurangi kesannya pada pertuturan iaitu kamu membuka sedikit dua bibir dalam keadaan yang ringan ketika melafazkan hukum tersebut."

Huruf Iqlab ada 1 sahaja iaitu :  ب

Hukum Iqlab ini boleh berlaku pada Nun Sakinah samada pada 1 kalimah ataupun pada 2 kalimah.  Walaubagaimanapun, pada Tanwin hanya berlaku pada 2 kalimah sahaja.

Contohnya :
من بعده         ينبت لكم       بسلطن بين
4.0  Al Ikhfa
Bahasa :  Menyembunyikan
Istilah :  Menuturkan Nun Sakinah dan Tanwin diantara Izhar dan Idgham tanpa bertasydid serta kekal dengungnya.  Manakala lidah tidak terangkat daripada Makhrajnya dan tidak pula melekat pada pangkal gigi hadapan.

Hukum Ikhfa ada 15 iaitu :  

ت , ث , ج , د , ذ , ز , س , ش , ص , ض , ط , ظ , ف , ق , ك

Contohnya :


ينصرون       لينذركم        منكرون        أن طهرا       كن فيكون

Download software Tajwid di sini

28 ulasan:

  1. Saya sepuluh tahun (tahun 4) Blog ini memang menolong saya membuat kerja rumah yang diberi oleh guru saya. Terima kasih ya!

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..ulasan terbaik dan jelas

    BalasPadam
  3. Saya pelajar MRSM bp, form 1, terima kasih atas ilmu yg diberikan , ia membantu dalam melaksanakan kerja rumah saya

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah. Ilmu dlm talian begini boleh digunakan bila2 masa sbg rujukan sblum mengukuhnya bersama guru.Saya baru berusia 64 tahun..baru mula belajar tajwid secara deskriptif. Dulu dulu tak berpeluang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum terlambat lagi untuk belajar, selagi belum ajal itulah peluang keemasannya.

      Padam
  5. MS 198 tahun. Takwim dan Nur sakinah

    BalasPadam
  6. Ank sy nama Nur Sakinah 7 thun.. Di sekolah ustazah sebut nun sakinah.. Die ingan panggil nama nye.. Jd sy terangkan maksud nun sakinah dr info tuan.. Terima kasih .. Kongsi ilmu.

    BalasPadam