Iklan

Bahagian-bahagian Madd

PENGERTIAN

Bahasa :  Menambah atau memanjangkan
Istilah :  Memanjangkan suara pada huruf-huruf madd dan lin dengan kadar 2 hingga 6 harakat.

HURUF-HURUF MAD DAN LIN

Huruf madd ada 3 iaitu :
  1. Alif ( ا )yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
  2. Waw ( و ) yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris hadapan.
  3. Ya' ( ي ) yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris bawah.

Nun Sakinah dan Tanwin

PENGERTIAN
Nun Sakinah ialah nun yang tidak berbaris.  Ia kekal pada bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan waqafTanwin pula membawa maksud nun tambahan yang tidak berbaris.  Ianya wujud dari segi bacaan tetapi tidak wujud dari segi tulisan.

HUKUM

Apabila Nun Sakinah ataupun Tanwin bertemu dengan huruf Hijaiyah yang terdiri daripada 28 huruf, maka ianya akan dibahagikan kepada 4 hukum bacaan iaitu :

Ma Fih Qiraatan

Sekiranya sesuatu kalimah itu mempunyai 2 atau beberapa wajah qiraat, maka kalimah tersebut ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut. Kaedah penulisannya boleh dibahagikan kepada tiga.