Iklan

Sejarah Penulisan Al Quran

ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Hafazan

Nabi Muhammad menerima ayat al-Quran melalui perantaraan Malaikat Jibril. Baginda terus menghafal dan memahami maksud ayat-ayat yang diterimanya. Nabi Muhammad menyampaikan kepada sahabat dengan tartil lalu sahabat menghafalnya. Baginda mentafsirkan terus ayat yang diterima agar tidak ada kekeliruan dan jelas maksudnya. Baginda akan segera membacakan wahyu (ayat al- Quran) kepada sahabat supaya baginda tidak lupa ataupun luput. Baginda mengambil berat terhadap penjagaan al-Quran dengan bertadarrus, mengulangi serta membaca dalam sembahyang.

            Bangsa arab mempunyai ingatan yang kuat dan mudah mengingati. Mereka menyebarkan kepada ahli keluarga mereka masing-masing dan turut disebarkan kepada negara lain. Al-quran mula dititikberatkan oleh golongan arab yang memeluk islam.
           
      
Tulisan

Nabi hanya membenarkan  sahabat menulis al-Quran sebaik sahaja Baginda menerima wahyu. Rasulullah mempunyai sekumpulan penulis wahyu yang terdiri daripada sahabatnya seperti Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal dan Khulafa Ar-Rasyidin. Mereka menulis wahyu di atas bahan-bahan yang boleh didapati ketika itu seperti batu-batu dan pelepah tamar. Hal ini kerana,kelengkapan alat tulis sukar ditemui di negeri arab pada masa itu.

            Al-quran itu telah disusun mengikut urutan yang diberitahu Rasulullah dan perintah Allah S.W.T melalui wahyu. Tulisan-tulisan itu disimpan di rumah baginda dan dikenali sebagai tulisan rasmi. Ada juga sahabat yang menulis untuk kegunaan sendiri namun tidak mengikut tertib surah-surah dan ayat-ayat seperti tulisan rasmi. Belum lagi ada mashaf yang khusus pada zaman ini kerana al-Quran sentiasa diturunkan


ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR

            Khalifah Umar telah mencadangkan kepada saiyidina Abu bakar supaya al-quran dikumpulkan dalam satu mashaf dengan tertib berikutan peperangan al-Yamamah yang menyebabkan ramai Hafiz al-Quran syahid. Pada mulanya Abu Bakar tidak bersetuju kerana hal tersebut tidak pernah dilakukan oleh Baginda semasa hayatnya, namun setelah diyakini oleh Umar, Abu Bakar bersetuju.

            Abu bakar mengarahkan Zaid bin thabit untuk melaksanakan tugas itu kerana beliau seorang penulis wahyu. Zaid juga tidak bersetuju pada mulanya tetapi setelah berjaya diyakini beliau bersetuju. Zaid dibantu oleh sahabat yang lain dengan bertindak menyalin satu persatu ayat yang sedia ada serta membandingkannya dengan hafazan para sahabat yang lain. Beliau juga tidak akan menulis sebagai al-Quran sekiranya tidak ada 2 orang saksi yang adil, menyatakan mereka menerima ayat itu daripada nabi. Zaid mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk menyelesaikan tugas itu dan hasil tersebut dinamakan mashaf Abu Bakar.

            Bentuk penulisan mashaf itu adalah meliputi keseluruhan Ketujuh-tujuh Huruf dan ini bermakna ia adalah selaras dan sama dengan catatan yang dikumpulkan pada zaman Nabi.  Dinamakan mashaf Abu Bakar dan digunakan sehingga pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab. mashaf ini telah disimpan oleh Abu Bakar sehingga beliau wafat, lalu berpindah kepada Umar Al-Khattab hingga beliau wafat dan dipegang oleh Hafshah binti Umar.

Kelebihan mushaf Abu Bakar

  • Penelitian yang begitu berhati-hati, mendalam tepat dan sempurna.
  • Ayat-ayat yang ditulis pada mushaf adalah yang sudah jelas tidak dinasakhkan bacannya.
  • Jumhur ulama berpendapat bahawa ayat-ayat al-Quran yang tertulis di dalamnya adalah bertaraf mutawatir.
  • Memiliki “Qira’ah Sab’ah “ yang sahih.


ZAMAN SAIDINA UTHMAN

            Pada zaman ini, Islam telah berkembang luas ke negara-negara bukan Arab. Oleh itu, terdapat perselisihan yang hebat tentang masalah bacaan kerana al-Quran pada masa itu tidak ada baris dan titik. Masalah tersebut semakin meruncing malahan ada di antara mereka sudah sampai tahap kafir-mengkafir antara satu sama lain. Oleh itu, Huzaifah al-Yaman memberi cadangan kepada Saidina Uthman supaya membentuk satu jawatankuasa penulisan al-Quran.

            Jawatankuasa ini terdiri daripada empat orang sahabat  iaitu Abdullah bin al-Zubir, Said bin al-’As, Abd Rahman bin Haris bin Hisham dan diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas jawatankuasa ini ialah untuk membukukan al-Quran dengan menyalin semua ayat al-Quran yang dikumpulkan pada zaman khalifah Abu Bakar. Mereka menyalin semula ke dalam satu naskhah dengan menggunakan satu bentuk huruf daripada huruf-huruf yang tujuh. Sekiranya berlakunya percanggahan,mereka akan merujuk kepada kaedah bacaan bangsa Quraisy kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa quraisy

            Mereka mula menjalankan tugas pada hujung tahun 24 hijrah dan awal tahun 25 hijrah. Setelah selesai, Semua lembaran al-Quran yang lain dibakar dan seterusnya al-Quran yang telah disalin semula dihantar ke Mekah, Syria, Basrah dan Kufah.

Saidina Uthman Affan r.a mengarahkan untuk membukukan Al-Quran atas sebab berikut:
  • Ramai penghafaz telah gugur syhid di medan perang.
  • Islam telah berkembang luas menyebabkan berlaku ketidakselarasan pembacaan ayat-ayat Al-Quran.
  • Pertelingkahan dalam menentukan cara bacaan al-Quran


Antara syarat penulisan mashaf Uthmani:
  • Ditulis mengikut bacaan para hafiz
  • Sebarang kekeliruan bacaan akan dirujuk kepada bacaan bangsa Quraisy
  • Ayat al-Quran yang diterima Rasulullah secara mutawatir dan tidak mansukh ditulis semula
  • Penulisan huruf al-Quran tanpa titik
  •  Mengekalkan tujuh jenis bacaan


ZAMAN BANI UMAIYAH

            Oleh sebab ramai orang yang bukan Arab memeluk Islam, maka pemerintah Islam dan ulama berusaha untuk melengkapkan al-Quran dengan tanda bacaan seperti baris dan titik. Penyusunan tanda bacaan diusahakan oleh Abu al-Aswad ad-Duali atas saranan Gabenor Basrah, Ziad pada zaman khalifah Marwan bin al-Hakam dengan tujuan memudahkan umat Islam untuk membaca dan menghafaz al-Quran serta mengelakkan kekeliruan dan perbezaan bacaan mengikut huruf bacaan yang betul.

            Kemudian dikemaskini pada zaman pemerintahan Abdul Malik bin Marwan oleh gabenor baginda, al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dengan bantuan ulama pada waktu itu. Seterusnya mashaf diperkembangkan lagi dengan terhasilnya tanda-tanda waqaf dan yang lainnya.

            Pada mulanya ditulis menggunakan tulisan tangan dengan jenis tulisan khat Khufi, selepas itu ditulis pula dengan tulisan khat Raihani. Kemudian ditulis menggunakan khat Thuluth dan akhir sekali menggunakan khat Nasakh. Mashaf yang ditulis dengan khat Nasakh buat pertama kalinya dicetak di Hamburg, Jerman dan diulang cetak ditempat lain sehingga sekarang. Kita seharusnya bersyukur keran khalifah-khalifah pada zaman dahulu mengambil berat berkaitan dengan al-Quran. Jikalau tidak, sudah tentu kita tidak dapat menikmati nikmat al-Quran dan syafaatnya padah hari akhirat.


Sekalung Penghargaan kepada Farah, Farizyan, dan Khairunnisa.

5 ulasan:

  1. Dari penjelasan d atas bahwa alquran benar ditulis oleh manusia, bagaimana tentang lauh mahfud , katanya alquran yg asli d simpan d sana...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya. untuk dikumpulkan dalam kitab ditulis manusia. namun maha besar Allah Taala, alQuran datang dariNya, segala isinya datang dari Nya,
      bukan rekaan manusia

      Padam
    2. Kandungan ayat itu datang drpd Allah di Luh Mahfuz kepada Nabi Muhammad saw melalui Jibril ...cuma ditulis dan disimpan dan dibukukan manusia ...maksud disini ayat Al Quran masih kekal utuh seperti dahulu

      Padam
  2. Alhamdulillah..terima kasih utk ilmunya..semoga berkah aamiin3 a Rabb

    BalasPadam