Iklan

Bahagian-bahagian Madd

PENGERTIAN

Bahasa :  Menambah atau memanjangkan
Istilah :  Memanjangkan suara pada huruf-huruf madd dan lin dengan kadar 2 hingga 6 harakat.

HURUF-HURUF MAD DAN LIN

Huruf madd ada 3 iaitu :
  1. Alif ( ا )yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
  2. Waw ( و ) yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris hadapan.
  3. Ya' ( ي ) yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris bawah.
Huruf lin ada 2 iaitu :
  1. Waw ( و ) yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
  2. Ya' ( ي ) yang sakinah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris atas.
PEMBAHAGIAN MADD

Madd terbahagi kepada 2 iaitu :
  1. Madd Tabi'iy atau madd asli
  2. Madd Far'iy cabangan atau pecahan
Madd Tabi'iy atau Madd Asli

Madd asli adalah huruf madd yang tidak ada hamzah ( ء ) selepasnya dan tidak juga sukun kerana wakaf. Madd asli terbahagi kepada 2 iaitu :
  • Madd Asli Thunaïy
Madd yang terdapat pada pembukaan surah tertentu hurufnya ialah :
  1. Ha ( حاء )
  2. Ya ( ياء )
  3. Tho ( طاء )
  4. Ha ( هاء )
  5. Ra ( راء )
Ejaan hurufnya 3 tetapi dibaca dengan 2 huruf sahaja.  Contohnya :

طه

Terdapat Sebanyak 21 huruf dalam Al Quran.  Kadar bacaannya wajib dibaca dengan 2 harakat samada ketika wasal atau waqaf.
  • Madd Asli Mutlaq 
Madd asli selain dari madd tabiïy thunaïy.  Madd ini kadang-kadang berlaku ketika wasal dan waqaf pada pertengahan kalimah ataupun pada akhir kalimah.  Contohnya :

تَرَى    وَقَالَ

Adakalanya madd ini hanya berlaku ketika waqaf sahaja seperti alif maddah yang menggantikan tanwin.  Contohnya :

فَرِيقًا

Madd ini juga dinamakan sebagai Iwad.
Adakalanya madd ini hanya berlaku ketika wasal sahaja.  Contohnya :

خَلْفِهِ

Madd ini juga dinamakan sebagai madd silah qasirah, kadar bacaannya 2 harakat sahaja.  Terdapat kalimah-kalimah di dalam Al Quran, ketika wakaf terdapat pada kalimahnya berubah hukum, iaitu terjadi hukum madd arid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan