Az Ziyadah membawa pengertian menambah sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam rasm, ianya bermaksud huruf-huruf yang mesti ditulis tetapi haram dibaca samada ketika wasal atau waqaf. aterdapat tiga huruf yang ditambah iaitu Alif ( أ ), Waw ( و ), dan Ya ( ي ).
- Ziyadah Huruf Alif ( أ )
- Huruf Alif ( أ ) selepas wau ( و ) pada jama' al Mudhakkar, samada fiil madi, mudhari', atau amar. Contohnya ( ءامنوا )
- Huruf Alif ( أ ) selepas wau ( و ) pada akhir nama yang menunjukkan jama'. Contohnya ( كاشفوا )
- Huruf Alif ( أ ) selepas wau ( و ) yang menjadi surah bagi hamzah. Contohnya ( يعبؤا )
- Huruf Alif ( أ ) selepas wau ( و ) yang ditukar dari Alif, iaitu pada lafaz ( الربوا )
- Huruf Alif ( أ ) selepas mim ( م ) pada lafaz ( مـئة ). Contohnya ( مائة )
- Huruf Alif ( أ ) selepas lam ( ل ) pada lafaz ( ملأ ). Contohnya ( وملإيهم )
- Huruf Alif ( أ ) selepas wau ( ش ) pada kalimah ( لشئ ) pada firman Allah ( ولا تقولن لشاىء )
- Huruf Alif ( أ ) selepas wau ( ي ) pada 2 tempat iaitu firman Allah ( أفلم يايئس ) dan ( ولا تائسوا من روح الله )
- Huruf Alif ( أ ) pada kalimah-kalimah ( ولأوضعوا ), ( لأأذبحنه ), ( وجاىء ) ( الظنونا ) ( لإلى الجحيم ( السبيلا ) ( الرسولا
- Nun tauqid khafiyyah ditulis dengan huruf Alif pada firman Allah ( وليكونا من الصغرين ) ( لنسفعا بالناصية ) dan pada kalimah ( فإذا )
- Ziyadah Huruf Waw ( و )
- Waw ( و ) selepas hamzah pada kalimah ( سأوريكم ) pada firman Allah ( سأوريكم ءايتى ) dan ( سأوريكم دار الفسقين )
- Waw ( و ) selepas hamzah pada kalimah-kalimah ( أولئِك ) ( أولا ) ( وأولت ) ( أولو ) ( وأولئِكم )
- Ziyadah Huruf Ya ( ي )
- Huruf Ya ( ي ) selepas hamzah pada kalimah ( أفإين ) dalam firman Allah ( أفإين مات أوقتل ) dan ( أفإين مت )
- Huruf Ya ( ي ) pada tujuh tempat berikut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan