Iklan

Al Hadhf

Al Hadhf bermaksud membuang atau mengurangkan sesuatu huruf pada kalimah-kalimah tertentu. Dalam Rasm Uthmani, ianya bermaksud huruf-huruf yang tidak boleh ditulis tapi wajib dibaca, samada ketika wasal atau waqaf.


Terdapat 6 huruf yang dibuang mengikut kaedah Rasm Uthmani iaitu Alif ( ا ), Waw ( و ), Ya ( ي ), Lam ( ل ), Nun ( ن ) , dan huruf-huruf di permulaan beberapa surah tertentu.

  • Hadhf huruf Alif (24 kaedah)
    1. Huruf Alif ( ا ) bagi hamzah al wasl pada kalimah ( اسم ). Contohnya ( بسم الله )
    2. Huruf Alif ( ا ) yang terletak diantara dua huruf Lam ( ل ). Contohnya ( للذي ببكة )
    3. Huruf Alif ( ا ) yang menjadi surah (rumah) bagi hamzah al Qaf apabila selepasnya terdapat huruf Huruf Alif ( ا ) yang lain. Contohnya ( ءآلله ) ( ءأنت)
    4. Huruf Alif ( ا ) pada fi'il al amr dari kalimah ( السؤال ) yang dimulai dengan huruf waw ( و ) atau fa ( ف ). Contohnya ( فسئل ) ( وسئل )
    5. Huruf Alif ( ا ) selepas hamzah al Qat yang kedua pada kalimah ( ءآلئن ) melainkan firman Allah ( فمن يستمع الأن )
    6. Dua Huruf Alif ( ا ) yang berturut-turut, iaitu Alif yang menjadi surah bagi hamzah dan selepasnya terdapat terdapat lagi Alif. Contohnya ( رءا ) melainkan firman Allah ( ما كذب الفؤاد ما رأء ) dan ( لقد رأى من ءايت ربه الكبرى )
    7. Huruf Alif ( ا ) selepas waw al Jam pada kalimah ( جاءو ) ( بآءو ) dan pada empat tempat pada firman Allah ( فإن فاءو ) ( وعتو عتوا كبيرا ) ( والذين سعو في ءايتنا ) ( والذين تبوءو الدار ) 
    8. Huruf Alif ( ا ) selepas waw ( و ) yang asal pada fi'il. Hanya terdapat satu tempat sahaja pada al Quran ( أن يعفو عنهم )
    9. Huruf Alif ( ا ) selepas ya al Nida. Contohnya ( يأيهاالناس )
    10. Huruf Alif ( ا ) pada kalimah ( أيها ) dalam tiga tempat iaitu ( يأيه الساحر ) ( أيه المؤمنون ) dan ( أيه الثقلان ) 
    11. Selebihnya akan ditambah kemudian. Sekian
  • Hadhf Huruf waw ( و ) ada 4 tempat
    1. Huruf waw ( و ) yang kedua apabila sebelumnya juga terdapat Huruf waw ( و ), samada ianya mufrad atau jama'. Contohnya ( داو,د )
    2. Huruf waw ( و ) yang menjadi surah bagi hamzah ( ء ), selepasnya juga terdapat Huruf waw ( و ), samada ia berbaris atau sukun. Contohnya ( الموء,دة )
    3. Huruf waw ( و ) dihujung kalimah yang menjadi fi'il al Marfu'. Terdapat 4 tempat iaitu ( يوم يدع ) ( ويمح الله ) ( ويدع الإنسن ) dan ( سندع الزبانية )
    4. Huruf waw ( و ) kalimah ( صالحو ) pada firman Allah ( وصلح المؤمنين )
  • Hadhf Huruf Ya ( ي ) ada 7 tempat
    1. Huruf Ya ( ي ) dihujung kalimah yang disebut sebagai Lam al Kalimah. Contohnya ( واليل إذا يسر )
    2. Huruf Ya ( ي ) dihujung kalimah yang merupakan ganti nama orang yang berkata. Contohnya ( ربى أكرمن )
    3. Huruf Ya ( ي ) dihujung kalimah pada Ism al Manqus yang berbaris samada dammah atau kasrah. Contohnya ( وَغَوَّاصٍ )
    4. Huruf Ya ( ي ) dihujung kalimah yang membawa maksud nama yang diseru. Contohnya ( يقوم ) kecuali pada 2 tempat ( يعبادى الذين أسرفوا ) ( يعبادى الذين ءامنوا )
    5. Huruf Ya ( ي ) yang kedua apabila sebelumnya juga terdapat Huruf Ya ( ي ), samada ditengah atau dihujung kalimah. Contohnya ( لايستحى )
    6. Huruf Ya ( ي ) yang menjadi surah bagi Hamzah ( ء ) apabila sebelum atau selepasnya juga terdapat Huruf Ya ( ي ). Contohnya ( السيـْات )
    7. Huruf Ya ( ي ) pada semua kalimah ( إبرهم )  dalam surah al Baqarah.
  • Hadhf Huruf Lam ( ل ) ada 2 tempat
    1. Huruf Lam ( ل ) yang didahului oleh Alif Lam al Makrifah, samada ianya mufrad, muthannah atau jama', pada perkataan ( الذين ) ( التى ) ( الذى ) dan sebagainya.
    2. Huruf Lam ( ل ) yang didahului oleh Alif Lam al Makrifah pada perkataan ( الليل )
  • Hadhf Huruf Nun ( ن ) ada 2 tempat
    1. Huruf Nun ( ن ) yang pertama pada kalimah ( تأمننا ) dalam firman Allah ( مالك لاتأمنا على يوسف )
    2. Huruf Nun ( ن ) yang kedua pada kalimah ( ننجى ) pada firman Allah ( نجي المؤمنين ) dan ( نصرنا فنجى من نشاء )
  • Hadhf Huruf-huruf di permulaan surah. Contohnya ( ن ) ( ق ) ( كهيعص ) yang dibaca ( نون ) ( قاف ) ( كاف ها يا عين صاد )


    1 ulasan:

    1. Merkur Safety Razor - Dovo Merkur - Deccasino
      MERKUR Solingen Safety Razor. The Merkur Safety Razor is a double-edged razor. Its kadangpintar blade angle is deccasino approximately 180.90 mm, therefore, it is  Rating: 5 · 1xbet korean ‎1 review

      BalasPadam